Pelawat: 1
Tiada ahli Online
Ahli berdaftar: 241
Ahli belum diaktifkan: 0
Ahli terbaru: khai_akira
|
|
Anda perlu taip ADU [ruang] XEA4039 [ruang] MESEJ ANDA dan hantar ke 32020 |
|
1. 27/06/2008 - Kursus ICT untuk guru-guru |
Walaupun usia manusia pendek, namun masih mempunyai waktu untuk berlaku sopan dan berbudi mulia
Oleh: Al-Junais Al-Banghdad |
Orang tempang jangan dicela, ingat-ingat hari belakang
Pengertian: Jangan mencela kesusahan yang dihadapi oleh orang lain kerana nasib diri sendiri tidak diketahui bentuknya |
1. Selamat berpindah kepada:
Cikgu Sharidah & Cikgu Kee
Semoga berjaya ditempat yang baru2. Tahniah kepada warga SMESH kerana memenangi Anugerah Pusat Sumber Cemerlang
3. Tahniah kepada semua pengguna THINK.COM kerana berjaya mendapat anugerah Pengguna Paling Aktif untuk kali ke 2 dari bulan September - November 2007 |
|
| SMESH berpindah ke tapak baru.. |
13 JUN - Bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG baru-baru ini, satu usul baru yang dicadangkan oleh pihak sekolah dan PIBG ialah perpindahan tapak sekolah SMESH yang baru. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan usul tersebut dan rata-rata mencadangkan agar perkara ini disampaikan kepada Jabatan Ketua Menteri dan Kemneterian Pendidikan Malaysia. Kertas cadangan untuk perpindahan dan tapak baru SM Sains Sabah sedang dalam pertimbangan Ahli Jawatankuasa PIBG. Oleh yang demikian sebarang cadangan, pandangan untuk projek ini bolehlah di hantar kepada pihak sekolah atau pengerusi PIBG, ditalian 088246268, atau email smeshkk@gmail.com atau hantar ke alamat SM Sains Sabah, Beg berkunci 116, 88999 Kota Kinabalu. Adakah sesuai di bina di Kota Kinabalu juga, Ranau, Papar atau tempat lain ?
|
|
| Sambutan Hari Guru SMESH yang ditangisi...Pengetua berpindah... |
  Jumaat, 13 MEI - Sambutan Hari Guru dan Pekerja di SM Sabah telah diadakan pada hari dalam suasana yang penuh gilang-gemilang dan menarik. Sambutan kali ini dimulakan dengan persembahan mantap daripada pelajar-pelajar menengah atas dan rendah. Mereka telah mendendangkan lagu-lagu yang amat menyentuh hati para hadirin pada hari ini. Persembahan drama, pentomin dan lagu untuk guru ciptaan pelajar sendiri amat menarik hati. Selain itu, persembahan daripada Cikgu Joachim Gabin selaku johan Karaoke sempena Hari guru amat mempersonakan dan mendapat tepukan gemuruh. Keadaan dewan bertambah gamat lagi dengan persembahan guru-guru baru di SMESH yang diketuai oleh Pn. Hjh Rabitah, PK 1, dengan lagu mereka Gemuruh. Majlis bertambah berseri lagi dengan penyerahan Kad Hari Guru oleh ketua pelajar, Hafizuddin dan majlis pemotongan kek. Selepas itu, tiba pula giliran semua guru dan staf yang mendendangkan lagu Guru Malaysia dan Warisan yang cukup menghiburkan dan menyentuh hati semua hadirin pada hari ini.
Walau bagaimanapun, tanpa diduga, pada baris terakhir ucapan pengetua, pengetua telah mengumumkan perindahnya pada hari ini ke SM Sains Kuala Selangor. Keadaan ini menyebabkan dewan dan hadirin sunyi dan terharu atas berita tersebut. Sejurus selepas ucapan tersebut, lagu perpisahan dan legenda telah dimainkan, dan diiringi pula dengan majlis bersalaman. Keadaan ini menyebabkan ramai guru dan pelajar telah menitiskan air mata kerana suasana yang cukup pilu itu. Semua warga SMESH amat sedih dan terharu kerana Bonda, Pengetua SMESH, Pn. Hjh Rossminah BTe Yamin buka calang-calang pengetua, budi dan bakti beliau telah membawa SMESH ke arah Kecemelangan dalam segenap bidang di sekolah ini. Beliau telah mula bertugas di SMESH pada Sept 2005 hingga hari ini, telah membawa banyak kejayaan seperti Johan AKMP kebangsaan, SERASI, ICT 5 Bintang, PUsat Sumber Cemerlang dan banyak lagi. Akhir kata, Kami semua Warga SMESH amat kehilangan besar dan mendoakan beliau lebih cemerlang di tempat baru.
|
|
| MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 23 |
|
Khamis , 22 Mei, Semua bapa dan guru dijemput hadir ke Mesyuarat PIBG SM Sains Sabah kali ke-23 pada hari Sabtu ini, 24 Mei 2008. Mesyuarat ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi, dan bertempat di Dewan Seri Kinabalu. Mesyuarat kali ini akan dirasmikan oleh Datuk haji Nasir Tun Hj sakaran, menteri di Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah. Pengerusi PIBG dan pihak pengurusan sekolah amat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan bagi pemilihan AJK baru dan pembahasan usul-usul semasa serta perancangan aktiviti tahun hadapan. Sekian, terima kasih.
|
|
 EDU WEB TV Sudah boleh di akses oleh pengguna, pelbagai berita, maklumat, rancangan dan siaran secara langsung terdapat di web ini.
|
|
|
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik di SM Sains Sabah. Semoga menjadi menjadi pendidik yang sentiasa cemerlang dan berhati mulia. 'Guru Cemerlang , Negara Terbilang '
|
|
| Majlis Anugerah Kecemerlangan SMESH Kali Ke 23 |
 Isnin, 5 Mei - Majlis Anugerah Kecemelangan atau MAK SM Sains Sabah akan diadakan pada 9 Mei 2008, bersamaan hari Jumaat, minggu ini. Majlis ini seperti biasanya diadakan di Dewan Seri Kinabalu, SM Sains Sabah. Pelbagai acara dan program telah dirancang pada majlis kali ini. Walau bagaimanapun tujuan utama majlis ini ialah untuk memberikan penghargaan kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa yang telah berjaya dan menyumbangkan khidmat bakti kepada sekolah sepanjang tahun 2007. Antara kejayaan cemerlang yang dicapai ialah, Johan Robotik peringkat kebangsaan dan tempat ke-4 peringkat antarabangsa. Selain itu Smesh juga dapat tempat ke-4 dalam Ranking ICT dan Sekolah Bestari 5 Bintang. Kejayaan lain dalam bidang kurikulum dan sukan juga terserlah pada tahun lepas dan juga tahun ini.
MAk kali ini akan dirasmikan oleh Pn. Hjh. Maimunah Hj. Suhaibul, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah. Majlis ini akan bermula pada pukul 8.00 pagi. Kesemua x-smeshian dan para ibu bapa dijemput hadir ke majlis MAK pada kali ini.
|
|
| Program Titian Mesra Bahasa Antarabangsa 2008 |
|
| Sambutan Maulidur Rasul 1429H/2008 SM Sains Sabah |
11 April 2008> SMESH hari ini mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang julang-julang kali diadakan. Sambutan ini telah dimulakan pada hari rabu dengan pertandingan menulis khat. sajak, kuiz, nasyid dan sebagainya. Pada hari khamis pula, pertandingan memasak bubur lambuk telah diadakan. Majlis sambutan kali ini bertambah bermakna lagi apabila pada malamnya diadakan majlis tahlil dan solat hajat di Dewan Seri Kinabalu SMESH.
Pada hari ni pula, Jumaat, 11 April 2008, telah diadakan Perarakan Maulidur Rasul bermula dari pintu masuk utama ke dewan SMESH. Pertandingan Sepanduk maulidur rasul juga telah diadakan. Acara kemuncak majlis pada hari ini ialah Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Nor Azamuddin Omar yang bertajuk Rasulullah Menjana Ummah Gemilang. Majlis berzanji yang diketuai oleh Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Rossminah Bt. Yamin bersama PK1 dan semua guru wanita telah dilangsungkan. Pengetua juga telah menyampaikan zakat kepada pelajar-pelajar miskin yang diperuntukan oleh Bank Rakyat. Semoga majlis kali ini memberikan makna dan hikmah kepada kita semua.
|
|
|
Makluman kepada Pelajar Bahasa Arab Tingkatan 4 2006 (SPM 2007) Sila dapatkan sijil daripada Ust Wan di Jabatan Bahasa, bermula jam 2.30 pm - 4.00 pm (12/03/2008)
Sekian Terima Kasih
|
|
 Kepada semua warga SMESH...cubalah dengar radio web SMESH, Anda boleh mendengar lagu dan berita dari SMESH. Web ini sedang dalam percubaan, anda digalakan untuk memberikan komen dan cadangan. Untuk mendengar radio ini komputer anda perlu ada Winamp Player, Nero Player dan Real Player .Sekian, terima kasih. Sila klik pada link yang telah disediakan (RadioOnline SMESH)

|
|
| Makluman Kepada Calon SPM 2007 |
|
Makluman kepada calon SPM 2007 Tahniah atas kejayaan anda!
Sila berkumpul di Dewan SMESH pada 12 Mac 2008 Rabu jam 2.00 PM untuk mengambil slip keputusan peperiksaan SPM anda.
Peringatan: 1. Sila berpakaian kemas 2. Bawa 2 keping gambar berukuran pasport 3. Sekiranya ada yuran-yuran sekolah yang belum dijelaskan, sila bersedia untuk membuat sebarang pembayaran.
Sekian terima kasih
Penolong Kanan 1
|
|
| Mukasurat 1 dari 5 |
1 |
2 |
3 |
4 |
> |
>> |
|
Belum menjadi ahli? Klik sini untuk mendaftar.
Lupa kata laluan? Dapatkan yang baru di sini.
|
|