image image image image image
2012 : Selamat Memulakan Sesi Persekolahan Baru Tahun Baru, Tekad dan Kesungguhan Jitu, moga anda lebih cemerlang pada tahun ini.
SMESH Super Brands : Sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SMESH terus unggul mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Pembangunan  dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan inovasi sedang giat dijalankan. Kami menjemput semua pihak yang berkaitan untuk mengadakan smartpartnership dengan sekolah kami.
SMESH Super Brand : SMESH telah memperolehi anugerah dan pencapaian tinggi dalam arena pendidikan di negara ini. Kejayaan ini menjadikan SMESH lebih komited dan beriltizam tinggi untuk lebih cemerlangan dan  berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SBP Zon SQL SM Sains Sabah telah dipilih menjadi tuan rumah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Zon SQL. Anugerah ini diberikan kepada guru-guru dan staf yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang pada tahun 2010. Majlis ini akan dirasmikan oleh Datuk Dr. Muhiddin Bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
MUSIC EXCHANGE PROGRAMME : Hebat dan berkesan. Begitulah yang boleh digambarkan dengan kejayaan program antarabangsa SMESH dengan Komposer terkenal Jepun Hata Mariko. Dalam majlis ini juga Hata Mariko dan The Fan Club telah menyumbangkan Piano bernilai RM 200,000.

Gambar Terkini

  • Slide 1
    Pengetua merasmikan penutupan Larian KPM atau Merentas Desa 2012 ( SMESH Tuan Rumah )
  • Slide 2
    Larian di kawasan kampung Sukang
  • Slide 3
    Pelari Terbaik PA, ( Aisyah ) Merentas Desa MSSDKK 2012
  • Slide 4
    Pelajar ceria dalam sukaneka rumah sukan
  • Slide 5
    Ahli Pengurusan Tertinggi MS ISO 9001:2008
  • Slide 6
    Timbalan Menteri Pelajaran bergambar bersama pengetua dan AJK PIBG SMESH yang baru.
  • slide 7
    Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2011
  • slide 8
    YB. Dr. Puad Zarkashi bersalaman dengan ibu bapa ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG 6 Mei lalu.
  • Slide 9
    Mesyuarat Pelan Strategik 2011 di Celyn Hotel, Kundasang
  • Slide 10
    Guru-guru SMESH yang ceria setelah tamat berbengkel Pelan Strategik 2011
  • Slide 11
    Perasmian Program Dr. Kita Oleh Prof. Dr. Osman (UMS)
  • slide 12
    Barisan "Dr.Muda" SMESH
  • Slide 13
    Cemerlang ! Pasukan Karate SMESH yang berjaya mendapat PINGAT PERAK dalam Asian Karate Championship, Kula Lumpur, Disember 2010
  • Slide 14
    Ikrar Pelantikan Ketua Pelajar, Exco dan Pengawas Tahun 2011
  • Slide 15
    Pendaftaran Tingkatan 4 2011 yang baru yang diselaraskan oleh PK HEM dan Pn. Zainin
  • Slide 16
    Hari Terbuka Sistem Rumah : Peserta Rumah TFS sedang menarik rakan dengan daun kelapa.
  • Slide 17
    Permainan Si Buta dan Penunjuk Jalan dalam aktiviti Hari Terbuka Sistem Rumah.
  • slide 18
    Pelajar-pelajar Tingkatan 4 SMESH yang menyertai perarakkan Maulidur Rasul - 15/02/11
  • slide 19
    Pelajar- pelajar yang bertakbir & bersalawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W
  • slide 20
    Puteri-puteri SMESH yang berbaris dengan ceria
  • Slide 21
    Makan Malam Rumah Tun Datu Mustafa
  • slide 22
    Pelajar yang gembira semasa Makan Malam Rumah Tun Datu Mustafa

Larian MSSD Kota Kinabalu

17 Jan - Larian MSSD Kota Kinabalu telah berlangsung di SM Sains Sabah bermula pada pagi ini. SMESH telah menjadi juara keseluruhan dengan mengumpul markah paling kurang iaitu 359 mata. Tahniah kepada semua pelari smesh dan jurulatih yang dipimpin oleh Mr. Joachim Gabin.

 

 

 

PMR 2011 SMESH CEMERLANG

22 Disember 2011 - Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sekolah Menengah Sains Sabah ( SMESH) yang diumumkan hari ini menunjukkan pencapaian cemerlang dan membanggakan sekolah ini. Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) telah meningkat sebanyak 1.0 dari 1.14 pada tahun lalu meningkat kepada 1.13 pada tahun ini. Sebanyak 74 orang pelajar telah mendapat  gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Jelasnya kejayaan ini menunjukkan semua program akademik yang telah dilaksanakan telah membuahkan kejayaan manis bagi semua warga sekolah dan ibu bapa. Tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pelajar, guru dan ibu bapa yang sama-sama berusaha untuk kejayaan PMR tahun ini.

   

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011. Bersama ini dilampirkan bahan promosi perkhidmatan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk rujukan.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
20 Disember 2011
   

Semak Tawaran Ke Tingkatan 1 2012 Ambilan 1

PENGUMUMAN :

Semua pelajar/ ibubapa yang telah memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2012

anda boleh membuat semakan tawaran di laman web:

http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_rayu2011/

   

Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Negeri Sabah 2011

29 Julai - SM Sains Sabah telah menjadi tuan rumah Karnival Sains yang julang-julang kalinya diadakan di negeri Sabah. Karnival ini bermula hari ini hingga Ahad , 31 Julai 2011. Program hari ini bermula dengan pertandingan Pembinaan Roket dan Payung Terjun, Pelancaran Roket dan Pembinaan Solar Car. Karnival kali ini telah disertai oleh lebih 20 buah sekolah menengah di seluruh Sabah. Pada hari kedua pula Pertandingan Model Solar Car(SCR), Pembinaan Dapur Effciency Energy Cooking (EEC) dan Pembinaan Model Rumah Eureka Ree akan diadakan. Pertandingan akhir semua kategori akan diadakan pada hari Ahad dan penutupan acara akan dirasmikan oleh Datuk Dr. Muhiddin Bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Seramai lebih 400 peserta dan Ahli Jawatankuasa telah terlibat dalam program ini. Program ini amat bermanfaat dan sangat menarik minat pelajar terutamanya bagi mengasah bakat, kreativiti dan  inovasi dalam kalangan mereka. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Sabah dan semua sekolah yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat bermanfaat ini.

   

SMESH dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

PUTRAJAYA 25 Mei - Kementerian Pelajaran mengiktiraf sembilan lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan tujuh buah sekolah menengah dan dua sekolah kebangsaan di bawah kohort dua kumpulan kedua tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan SBT kohort dua sebanyak 32 buah.

''Sasaran kita ialah 50 buah sekolah mencapai status SBT pada tahun ini, justeru 30 buah lagi perlu dikenalpasti untuk diberi status SBT agar kita setanding negara maju dan merapatkan jurang pendidikan negara.

''Sehubungan itu, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan berhasrat mempertingkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti," katanya ketika berucap pada majlis pengiktirafan SBT 2011, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains (SMS) Sabah; SMS Tuanku Munawir, Negeri Sembilan; SMS Kuala Selangor, Selangor; SMS Kuching, Sarawak: SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; SM Kebangsaan Lembah Bidong, Terengganu dan SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan.

Sekolah rendah pula membabitkan Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sarawak.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan selain mempunyai tradisi budaya kerja sangat tinggi, cemerlang dengan modal insan berkembang secara holistik serta mampu bersaing di peringakt antarabangsa.

Rasionalnya ialah ia dapat mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik melalui tahap autonomi yang membolehkan mereka melaksanakan inovasi dalam pengurusan; menghasilkan murid cemerlang dan berpersonaliti unggul dalam bidang diceburi serta membina visi yang memberi inspirasi kepada sekolah lain.

Kementerian Pelajaran sebelum ini menyenaraikan 20 buah SBT dalam kohort satu membabitkan 14 buah sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah.

Muhyiddin berkata, kecemerlangan pencapaian pelajar amat penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif selari dengan wawasan negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

''Terdapat SBT yang dilawati negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland bagi tujuan penanda aras, ini membuktikan sekolah-sekolah kita telah berjaya menarik minat negara lain," katanya

   

Page 1 of 4

Countdown PMR 2011

Hanya tinggal
sebelum PMR 2011.

Countdown SPM 2011

Hanya tinggal
sebelum PMR 2011.

Shoutbox

Turn off/on Sound Smileys History FAQ Kide Chat

Kide Shoutbox v0.7.7

23:55-- G_3089: hehehe
2:18-- G_9926: banciku. kartas damit2.. capat hilang. adedeh.. telmpau jua. huhu :(
2:19-- G_7304: Pelajar boleh menjawab soalan atau homework sekurang-kurangnya seorang guru bagi setiap tingkatan....Tidak semestinya guru yang mengajar anda. Yang penting anda menjawan soalan yang sesuai untuk anda. Semua latihan akan direkodkan.
2:20-- G_7304: Pelajar yang langsung tidak menjawab latihan atau tidak membuat homework akan disenaraikan selepas cuti nanti.
2:20-- G_2379: tanya sama pokok :D
16:06-- G_7869: lupa jo. cmna nie
0:00-- G_7304: selamat pagi semua pelajar2 smesh yg mesti tidur tu...wake up....skol nda lama lagi..heheheheheh... boleh bawa laptop nanti..tapi simpan kat makmal komputer..tak boleh bawa p asarama...kecuali hari sabtu ahad k
3:32-- G_6917: so,sabtu dgn ahad boleh bawa p asrama laAA?
2:58-- G_5018: sabtu ahad...peraturan sedang dibuat..mungkin siang sahaja
3:37-- G_1955: kalau bawa pada waktu malam juga ...mcm mana..boleh ka..boleh laaaaa
4:39-- G_5018: Untuk apa...kita tidak mahu komputer disalahgunakan...mug kin boleh...tapi ada lagi peraturan..k
11:43-- G_9001: boleh bwa laptop..biar btul!! :P
22:26-- G_7304: boleh...tapi tak boleh bawa ke asrama..hanya semasa pnp dan ptg serta hujung minggu...kena daftar dahulu dan selepas pakai, malam simpan di bilik kebal, makmal komputer
1:45-- G_9968: wakakakakaka
3:02-- G_0001: mna buli! gntg tgk blue. wakakakakaka
3:26-- G_1592: HAHAHHAHAHAHAH!
5:38-- G_5018: sbb tu la...nda bole bawa ke asrama...NO...so kalau bawa lap top siang saja bole pakai...pas tu kena simpan makmal komputer la....pelajar mana boleh percaya....bukan semua...tapi seorang bawa masalah semua la kena....
6:47-- idunno13: lalala
9:21-- G_6298: hyeeeeeeee :D
9:35-- G_1094: hyeeeeee............ .ada x yg trbaru..heheh... :D
11:17-- G_7407: edrus bin mohamad 1Beta
14:30-- G_3706: Saya hilang password
14:42-- G_3706: Tolong cikgu
14:42-- G_3706: Saya mau buat homework
16:11-- G_3929: my Id cant log in la....so how???
16:11-- G_3929: :_(
1:58-- Cikgu Jai: so mesej nama dan ting dalam fb cikgu Zamzam Alakazam k
22:52-- MrZam164: PELAJAR BALIK KE ASRAMA 3 HB JAN (SELASA), HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 4 JAN (RABU)
22:54-- MrZam164: Semua peljar yang ingin chat di sini sila register dahulu user anda dibawah demi keselamatan dan spam..sila gunakan nama pertama anda ..jika tidak user anda akan dibatalkan. Terima kasih.
14:29-- idunno13: Cikgu....dtg skul hari selasa???
7:49-- MrZam164: ya..semua pelajar balik ke asrama pada hari selasa sebelum jam 5.00 petang
7:49-- MrZam164: SILA MAKLUMKAN KEPADA KAWAN2 ANDA
4:16-- webmaster: Markah Utk Ting 5 sudah boleh di semak di bhg Aplikasi Online-Dwonload-Pela jar....TQ
4:28-- webmaster: Utk melihat markah KOKUM Ting 5 2011 , sila daftar dahulu...TQ
2:01-- MrZam164: UNTUK DOWNLOAD MARKAH KOKUM SILA REGISTER DAHULU DALAM WEB INI
3:21-- majalahsains: Menjemput semua penuntut di SMESH mengunjungi laman web «link» Menjanjikan berita dan penemuan terkini sains dan teknologi.

Selamat berkunjung!

Last message 26 days ago

Only registered users can send messages, register or login

Member Login

Pengumuman Terkini :

21 - 29 Januari : Cuti Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada Pn. Saw, Pn. Chin, Pn. Koh, Mr. Tan dan Cik Wong.

Selamat Berpindah kepada Pn Hjh. Rabitah Abd Manaf dan  Pn. Pauline Tommy

13 Jan 2012  : Pagi - Larian KPM Peringkat Sekolah,   Petang - Lawatan Pegawai KPM Brunei Darussalam

17 Jan 2012  : Larian KPM Peringakat MSSD Kota- Kinabalu, SMESH sebagai tuan rumah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.Pertandingan Kriket dan Bahan HKSBP zon SQL akan diadak di KUching pada bulan Mac ini.
zam164@yahoo.com: Bahas bukan Bahan
zam164@yahoo.com: akan diadakan

Video Semasa

Cari

Latest News

21 April 2011 : SM Sains Sabah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster. Tahniah.

 

30 Mac 2011 : SMESH juara Bola Baling MSSD. Pertandingan diadakan di Padang Hoki SMESH.

 

26 Mac 2011 : SMESH Johan Tilawah, Naib Johan Nasyid dan syarahan MTQ PPD Kota Kinabalu.

 

Terkini - 9/3/11 - 5.30 ptg. SMESH menjadi Johan Sukan MSSN PPD Kota Kinabalu dengan 19 EMAS. Tahniah !

 

SMESH - Memperolehi  14 Emas Sukan MSSM PPD Kota Kinabalu - masih mendahului sekolah-sekolah lain.

 

28 Feb 2011 : Latihan Kebakaran dengan kerjasama Bomba dan Penyelamat

 

26 Feb 2011 : Makan Malam Rumah Tun Datu Mustafa

 

Cikgu Haritini Mohd Zain berpindah ke Melaka

Sayu dan sedih ! Itulah kata-kata yang diluahkan oleh guru-guru dan pelajar dengan perpindahan beliau.

 

Perarakkan Maulidur Rasul :

15/2 - SMESH telah mengambil perarakkan tersebut dengan peserta seramai 40 orang.

Sepanduk SMESH memenangi  tempat ke-2 dengan hadiah wang tunai sebanyak RM1200.00. Tahniah BADAR.

 

19 Jan - SMESH telah layak untuk Audit Tahap 2 dalam rumusan akhir Audit Pertama oleh Pn. Evelyn daripada SIRIM Sdn. Bhd. Tahniah.

15 Jan - Gotong- royong Perdana dan '5 S'

 

Johan Keceriaan Kelas 2010

Menengah Atas : 4 Delta

Menengah Bawah : 3 Delta

Setiap kelas telah memenangi RM 250.00 Tahniah !

 



.Pertandingan Kriket dan Bahan HKSBP zon SQL akan diadak di KUching pada bulan Mac ini.
zam164@yahoo.com: Bahas bukan Bahan
zam164@yahoo.com: akan diadakan

Akan Datang

  • 1
  • 2
  • 3

Kini Kami di Facebook

Kalender Aktiviti

February 2012
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4

Video Pilihan

 

Undian Anda

MS ISO 9001:2008 di SM Sains Sabah bertujuan untuk ..

Pautan Laman

sbpexecellent

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaikHak Cipta Terpelihara 2010©Sekolah Menengah Sains Sabah| Jalan Sekolah Agama, Beg Berkunci 116, 88999 Kota Kinabalu, Sabah. Tel:088-246268 Fax:088-247540