Pelawat: 2
Tiada ahli Online
Ahli berdaftar: 369
Ahli belum diaktifkan: 1
Ahli terbaru: azurte
|
|
|
|
| Majlis Perasmian Jubli Perak SMESH meriah dan bermakna... |


29 Jan - Bermula pukul 7.30 malam tadi, Dewan Seri Kinabalu mula didatangi oleh bekas-bekas pelajarnya dan mantan pengetua-pengetua terdahulu. Tepat Jam 8.00 malam Majlis Perasmian Jubli Perak SM Sains Sabah dimulakan setelah ketibaan Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah, Menjulang Kegemilangan. Para hadirin kelihatan cukup gembira pada malam ini apabila berjumpa kawan atau sahabat lama. Keadaan lebih meriah dan menyentuh hati apabila hadirin menonton persembahan multimedia pengkisahan sejarah SBPS/SMESH dari tahun 1984 hingga k2009 selama lebih 30 minit. Selepas sesi perasmian dan menandatangi papan perasmian, Datuk Masidi Manjun dan para jemputan dijamukan hidangan di Dewan Selera Rasa. Sesi bergambar, pengetua-pengetua lama, alumi dan guru-guru SMESH turut diadakan. Selain itu, satu acara menarik pada malam ini ialah pertunjukkan bunga api selama 15 minit. Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun juga telah memuji dan memberi tawaran kepada warga sekolah agar mengadakan kerjasama dengan kementeriannya dalam projek-projek alam sekitar. Pada pagi esok pula akan diadakan pertandingan memancing ketegori pelajar dan terbuka. Datanglah beramai-ramai ke majlis Jubli Perak SMESH, pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, radio SMESH, Radio Amatur (9M4CRJ), Karoake Cafe dan Cyber Cafe diadakan sehingga hari Ahad ini.
|
|
| SAMBUTAN JUBLI PERAK SMESH BERMULA |

  27 Jan 2010 - Sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Sains Sabah bermula hari ini dengan Majlis Pelancaran yang disempurnakan oleh Puan Hajah Norlia Mohd Suhaili , Timbalan Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster. Pelancaran hari bermula dengan majlis ucapan, persembahan gemelan dan pelepasan belon di depan Dewan Seri Kinabalu. Majlis hari ini berlangsung dalam suasana yang meriah dan cukup bermakna kepada seluruh warga SBPS atau kini dikenali sebagai SMESH.
Selapas majlis tersebut, aktivitiyang berlangsung seterusnya ialah gerai jualan, pameran dan ceramah. Pada sebelah petang dan malamnya, Pertandingan Karoake bagi warga SMESH dan Kategori Terbuka untuk pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kota Kinabalu telah dilasungkan. Pertandingan ini cukup menarik dan mendapat sambutan.
28 Jan Khamis - Aktiviti yang berlangsung ialah Pertandingan Kawat Kaki jantara sekolah-sekolah di sekitar Kota Kinabalu. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Pasukan KRS SMESH dan tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Bulan Sabit Merah SM Agama Kota Kinabalu. Selain itu, pertunjukan anjing pengesan dari pasukan polis juga diadakan. Manakala, pameran dari Kraf Tangan Malaysia dan institusi-institusi lain yang berlangsung di Dewan Seri Kinabalu hari ini juga cukup mendapat sambutan. Ceramah-ceramah kerjaya dari pelbagai pihak juga cukup menarik dan memberi impak yang baik kepada semua hadirin.
Pada hari Jumaat ini, bermula pukul 8.00 malam , akan berlansung acara kemuncak Jubli Perak SMESH iaitu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh YB. Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Budaya dan Persekitaran Negeri Sabah. Majlis ini akan dihadiri Puan Ashah Samah, Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster KPM dan semua mantan pengetua SBPS/SMESH.
|
|
| SAMBUTAN JUBLI PERAK SMESH |
PERASMIAN JUBLI PERAK (25 TAHUN) SMESH TELAH DI TUKAR KEPADA :
29 JANUARI 2010 (JUMAAT) JAM: 7.15 MLM
Sambutan Jubli Perak akan bermula pada: 27 - 31 Januari 2010, untuk mendapatkan maklumat lanjut aktiviti sepanjang minggu sila klik pada aturcara di bawah: Klik untuk: Aturcara Sepanjang Minggu
SEKIAN DAN HARAP MAKLUMMajlis tersebut boleh ditonton melalui: SMESHOnline Live Broadcast
|
|
| Reunion Dinner Alumni SMESH ( SBPS ) meriah |
 
2 Jan 2010- Majlis Makan Malam Persatuan Alumni SM Sains Sabah yang diadakan di Kelab Golf Kota Kinabalu telah mendapat sambutan yang sangat meriah dan menggalakkan. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 250 orang bekas pelajar SMESH atau nama dahulunya SBPS. Sambutan diluar dugaan ini amat menggembirakan semua AJK Alumni yang sangat-sangat mengharapkan semua bekas pelajar SMESH mendaftar dalam persatuan ini dan seterus bergiat aktif untuk kejayaan persatuan dan SMESH. Majlis kali ini lebih bermakna lagi apabila ia dihadiri oleh mantan pengetua pertama iaitu Tn. Hj. Radzuan dan pengetua kedua Datuk Hj. Adenan Ibrahim. Pengetua SM Sains Sabah. Tn. Hj. Zaini Zair amat gembira dengan sambutan kali ini dan beliau bersedia memberikan sepenuh kerja sama dalam membangunkan lagi persatuan Alumni SM Sains Sabah. Perkara ini amat bersesuaian dengan persediaan SMESH untuk mengadakan Sambutan Jubli Perak ke - 25 tahun bermula pada 27 - 31 Januari ini. Oleh yang demikian semua ahli Alumni SMESH dan bekas pelajar SMESH dijemput dan dialu-alukan untuk menghadiri sambutan Jubli Perak ini.
|
|
| SENARAI KEPERLUAN PELAJAR SMESH 2010 |
Berikut dimaklumkan senarai keperluan pelajar Tingkatan 2 hingga 5 tahun 2010 di SM Sains Sabah :
Tingkatan 2 dan 3 Buku Tulis, Test Pad dan Baju Rumah : RM 66.60 ( Putera ) RM 68.60 ( Puteri )
Tingkatan 4 Buku Tulis, Test Pad dan baju Rumah : RM 78.20 ( Putera ) RM 80.20 ( Puteri ) ( Tambahan RM 30.00 bagi pelajar yang belum ada cadar )
Tingkatan 5 Buku Tulis, Test Pad dan Baju Rumah : RM 49.90 ( Putera ) RM 51.90 ( Puteri ) ( Tambahan RM 30.00 bagi pelajar yang belum ada cadar )
Harap Maklum
|
|
| CARA MEMOHON KE SBP (SMESH) |
|
MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG INGIN MEMOHON KE SBP (SMESH)
PELAJAR HENDAKLAH MEMBUAT PERMOHONAN SECARA BERTULIS KE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, PUTRAJAYA BERSERTA DENGAN DOKUMEN YANG LENGKAP
PIHAK SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE SBP, PIHAK SEKOLAH HANYA MENERIMA KEMASUKAN PELAJAR YANG TELAH DI TAPIS OLEH KPM
SILA KLIK KE BAHAGIAN (CARA MEMOHON KE SBP) UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SEKIAN DAN HARAP MAKLUM
|
|
| 62 ORANG CALON PMR 2009 MENDAPAT A1 |

Tahniah kepada semua pelajar PMR 2009..keputusan meningkat dan mendapat GPK 1.142, seramai 62 org pelajar mendapat A....teruskan kecemerlangan SMESH...
|
|
| CALON TINGKATAN 1/2010 SUDAH BOLEH MENYEMAK TAWARAN KE SBP |
|
PENGUMUMAN:
CALON TINGKATAN 1/2010 SUDAH BOLEH MENYEMAK TAWARAN KE SBP
SILA KLIK PADA SEMAK TAWARAN KE SBP DI SEBELAH KIRI LAMAN WEB INI
TAHNIAH KEPADA CALON YANG BERJAYA
|
|
| PENGUMUMAN KEPADA SEMUA CALON PMR 2009 |
PENGUMUMAN KEPADA SEMUA CALON PMR 2009 ANDA DIMINTA UNTUK MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH LENGKAP DAN KEMAS KETIKA MENGAMBIL KEPUTUSAN PMR 2009
TARIKH: 24 DISEMBER 2009 TEMPAT: DEWAN SERI KINABALU MASA: JAM 10.00 PAGI
ARAHAN: PENGETUA SM SAINS SABAH
Live Broadcast (Siaran secara langsung) akan dibuat jika tidak ada masalah pada talian internet esok Sila klik pada SMESHOnline Live Broadcast
|
|
  Pertandingan Kebudayaan ( Nyanyian Irama Malaysia) MSKPPM 2009 Majlis Di Sempurnakan Oleh: Y.BHG TAN SRI DATO' HAJI ALIMUDDIN BIN MOHD DOM( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia) Anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi SMESHOnline Live Broadcast Jam 2.00 petang - Malam ini
|
|
| Karateka muda SMESH melakar sejarah |
Sekali lagi Kelab Karate SMESH menempa kejayaan dalam arena karate apabila karateka berusia 13 tahun, Patrina Saidin,memungut pingat perak dalam acara Girls Individual Kata kategori 14 -15 tahun (Cadet) dalam ‘ 3rd Kobe Osaka International (KOI) Karate Asian Regional Championships 2009’ yang telah diadakan pada 5 dan 6 Disember 2009 di Stadium Tertutup Cheras.
|
|
| Mukasurat 1 dari 6 |
1 |
2 |
3 |
4 |
> |
>> |
|
Belum menjadi ahli? Klik sini untuk mendaftar.
Lupa kata laluan? Dapatkan yang baru di sini.
|
|